AKHLAK MULIA NABI MUHAMMAD SAW TERHADAP YAHUDI
Akhlak Mulia Nabi Muhammad SAW
Terhadap Yahudi
pemuda yahudi yang
tinggal di rumah rosulullah saw.
Suatu kisah
pemuda yahudi yang tinggal di rumah Nabi Muhammad SAW yang ingin dikongsikan
buat umat Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan peringatan agar sentiasa melayan
semua hamba Allah dengan adil dan saksama tanpa mengira agama.
Nabi Muhammad SAW
pun telah mengizinkan seorang yahudi hadir dan tinggal di rumah Bagindatanpa
mengusirnya , padahal ia seorang yahudi yang berbeza agama dengan Rasul SAW ,
tetapi Baginda mengizinkan yahudi itu tinggal di rumah Baginda , Baginda tidak
melarangnya atau dengan mengatakan : ”engkau yahudi tidak boleh tinggal di
rumahku , kotor dan najis !! ” , tidak demikian akhlak Nabi Muhammad SAW .
Orang yahudi itu
tinggal bersama Nabi Muhammad dan tidur disana , makan sepiring dengan Rasul,
membawakan air minum Rasul , seakan telah menjadi bagian di keluarga Rasul SAW
dan tidak dipaksa untuk mengikuti agama Islam , sampai suatu saat ia sakit dan
Rasul menjenguknya, Rasul tidak berkata :” syukur yahudi itu sakit dan tidak
tinggal di rumahku lagi ” , rasul tidak demikian tetapi Baginda berkata : ”
mana orang yahudi yang tinggal di rumahku, mengapa dia pergi, apa kesalahanku?
!” .
Maka setelah
rasul sampai di rumah orang yahudi itu, ternyata ia sudah dekat dengan
sakaratul maut, maka Rasul berkata :” wahai pemuda, maukah kau ucapakan ” Laa
ilaaha illallah Muhammad Rasulullah ” , maka pemuda itu pun ragu untuk
mengucapkannya ia menoleh ke ayahnya yang juga beragama yahudi, maka ayahnya
berkata : ” betul, taati Aba Al Qasim dan ikuti ucapan itu.”
Dan pemuda itupun
mengucapkan ” Laa Ilaaha Illallah Muhammad Rasulullah ” kemudian ia pun wafat ,
maka berubahlah wajah Rasul SAW bagaikan belahan bulan purnama dari terang dan
bercahaya karena gembira melihat orang yahudi yang tinggal di rumahnya itu
wafat dalam keadaan Islam, demikian indahnya kerukunan umat beragama.
Ada satu kisah
lain tentang pemuda yahudi yang bernama Zaid bin Su`nah yang telah menyakiti
baginda dan lihatlah bagaimana Baginda menangani pemuda tersebut dengan sabar.
Zaid Bin Su`nah yang bersikap kasar terhadap
rosulullah memeluk Islam
Pada
suatu hari sedang Nabi Muhammad dan Saidina Umar berbincang dihadapan rumah
baginda,tiba-tiba datang seorang yahudi bernama Zaid bin Su`nah.Dengan wajah
yang bengis,dia berdiri sambil bercekak pinggang.
Tanpa
disangka-sangka,Zaid bin Su`nah telah menarik kuat kain ridak yang sedang
melilit leher baginda.Ridak yang diperbuat dari kain yang kasar itu telah
menyebabkan leher baginda melecet.
Tanpa
memperdulikan leher Nabi Muhammad yang melecet Zaid terus membentak,”Wahai
keturunan Abdul Mutalib!Memang engkau ini dari keturunan yang suka menangguhkan
hutang.Cepat!Bayarkan hutangku segera!”
Sejak
awal lagi Saidina Umar tidak menyenangi sikap orang Yahudi itu yang terlalu
kasar terhadap baginda Nabi Muhammad saw.Jelas dari wajahnya yang dia mahu
bertindakbalas terhadap kekasaran yahudi itu.
Namun
Nabi Muhammad berkata dengan tenang, “Wahai Umar,bersabarlah.”Nabi Muhammad
memang kenal dengan sikap Saidina Umar yang tidak sanggup melihat baginda
direndah-rendahkan seperti itu.
Baginda
sendiri dapat mengawal kemarahannya terhadap orang yahudi itu.Sambung Baginda
lagi,”Antara kami memang ada urusan hutang.Biarlah kami berdua saja yang
menyelesaikannya.Bukankah lebih baik,engkau menyuruhku supaya membayar
hutangnya dengan baik dan menasihatinya supaya dia menagih hutangnya juga
secara baik.
Sebenarnya
dalam perjanjian kami dahulu,aku masih ada 3 hari lagi untuk membayar
hutangnya.Tetapi tidak mengapalah”Saidina Umar terdiam mendengar bicara Nabi
Muhammad yang penuh lemah lembut dan berhikmah.
Dia
sedar jika dirinya tidak ditenteramkan oleh baginda,sudah tentu si yahudi itu
akan dikerjakannya.Baginda meneruskan kata-katanya,” Usahakanlah supaya dibayar
hutangku itu,dan ditambah lagi sebanyak 20 gantang kurma.Moga-moga hilang
marahnya.
“Saidina
Umar berpaling untuk melangkah ke rumahnya bagi mendapatkan gandum sebagaimana
yang dimintanya oleh Nabi Muhammad. Namun belum sempat dia berbuat demikian, Zaid
menahannya.
“Nanti
dulu Umar!”Suara Zaid bin Su`nah berubah menjadi lembut. “Semua yang aku
saksikan hari ini merupakan tanda-tanda kenabian Muhammad.Aku telah melihat
dari wajahnya yang baginda adalah seorang utusan Allah.”"Maksudmu?” tanya
Saidina Umar kehairanan.
“Sebenarnya
aku datang ke sini semata-mata untuk menguji adakah Muhammad seorang penyantun
dan pemaaf sepertimana yang diceritakan orang.
Kini
semuanya telah terbukti dimana sifat penyantunnya sentiasa mendahului
kemarahannya.Memang benarlah dia seorang nabi.Oleh itu,sekarang aku bersaksi
bahawa tiada Tuhan selain Allah daqn Muhammad itu pesuruh Allah,”ucap Zaid.
Akhlak
Nabi Muhammad SAW yang sabar dan penyantun telah menyebabkan Zaid Bin Su`nah
yang bersikap kasar tertarik untuk memeluk Islam. Demikianlah mulianya peribadi
Nabi Muhammad SAW.Sepatutnya, kita sebagai umat baginda turut mencontohi akhlak
terpuji itu.
Nabi
Muhammad SAW tidak berbangga dengan bangsanya,kaum & kabilahnya bahkan ia berbaggga
dengan ISLAM yang dibawanya, Sesungguhnya kemulian disisi ALLAH adalah
TAQWANYA.Sejauh manakah TAQWA kita kepada ALLAH?Fikir-fikirkanlah…….
betapa
mulianya akhlak Rasulullah SAW, betapa kasihnya Baginda pada setiap hamba
“Ya Rasulullah, Syafaatkan kami di Akhirat kelak”
“Ya Rasulullah, Syafaatkan kami di Akhirat kelak”
Comments
thank's y dah berkunjung