Makalah Globalisasi
GLOBALISASI
A. Pendahuluan
Pembangunan
sosial menjadi agenda utama dalam era globalisasi agar manusia dapat mengenali
dirinya sebagai pemain dalam dunia sains dan teknologi. Sains dan teknologi
itu, adalah satu alat sebagai pengantara manusia memahami ciri-ciri pembangunan
tamadun sejajar dengan keadaan semasa.
Menepati
kehendak fitrah manusia memperlihatkan bahawa tuntutan pembangunan dan kemajuan
tamadun Islam adalah bertepatan dengan kehendak naluri manusia yang
menitikberatkan spiritual, emosional dan moral berbanding fisikal dan material.
Tamadun yang dibangunkan secara lahiriah dan menitikberatkan aspek material
berbanding spiritual hanya dapat memenuhi tuntutan hawa nafsu dan tidak
berlandaskan ilmu dan ilham. Manakala ilmu agama merupakan satu disiplin
tamadun untuk mengenali diri sebagai media dalam memurnikan kehidupan dan juga
mendekatkan diri kepada zat yang Maha Pencipta.
Sistem
ekonomi global hari ini bukan lagi suatu rangkaian ringkas kesan saja, tetapi
suatu jaringan perhubungan respons yang kompleks. Perkongsian pintar adalah
tentang perkonsian secara adil dan saksama.
Kewujudan
globalisasi atau dunia tanpa sempadan menghalalkan kebebasan menyalurkan
pembangunan sosial ala Barat sebagai satu agenda yang mengkufurkan kesucian
beragama. Tidak dapat dinafikan bahawa globalisasi mempunyai manfaat kepada
pembangunan ekonomi sejagat kerana mewujudkan unsur kerjasama, iaitu falsafah
yang menggunakan konsep perkongsian pintar.
B. Identitas Globalisasi Secara Umum
Globalisasi
mempunyai berbagai dimensi, ekonomi, budaya, teknologi, sosial, dan lain-lain.
Dalam bidang ekonomi, misalnya; mekanismenya termasuklah Tabung. Antara agenda
mereka yang lain adalah untuk memperluas sistem ekonomi yang berasaskan riba,
seperti;
- Memungkinkan penguasaan sistem ini dalam sistem ekonomi nasional.
- Mengikat perekonomian negara mundur dengan mekanisme ekonomi negara kapitalis.
- Memastikan syarikat-syarikat besar tertentu menguasai arah alir ekonomi dalam negara berkenaan.
- Menenggelamkan negara-negara yang berpotensi menjadi lawan politik dengan beban hutang yang kian bertambah-tambah sehingga ia tidak mampu lagi bersaing dengan negara-negara kaya.
Globalisasi
budaya berperanan membentuk cara berfikir, tata kelakuan dan gaya hidup yang
sejajar dengan cara hidup Barat. Pola hidup liberal dan bebas dianggap pola
hidup yang paling bertamadun. Pola hidup ini hendak dipaksakan kepada
negara-negara dan bangsa dunia ketiga.
Globalisasi
Politik pula adalah bentuk atau dimensi globalisasi yang bertujuan memaksa
perlaksanaan sistem politik Barat kepada negara-negara lain. Kaedah hidup
bermuafakat, syura dan sebagainya adalah kaedah warisan dan nilai peradaban
Islam yang unggul tetap relevan dengan kehidupan manusia yang bertamadun masa
kini. Usaha untuk menafikan sistem judiciary Islam atau tempatan yang baik
adalah suatu bentuk penjajahan
C. Definisi Globalisasi Menurut
Beberapa Ahli
1 Pengertian globalisasi mengikut Kamus Dewan
Globalisasi
membawa maksud “fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi
perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.”
Globalisasi
merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa
dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.Melalui proses
ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit
sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh berbagai maklumat yang
disalurkan menerusi Berbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,
media elektronik, dan teknologi siber.
2 Pengertian globalisasi mengikut Ilmuan Islam
- Dr. Yusuf al-Qaradawi berpendapat:
"Adapun
globalisasi, kami melihat - berdasarkan seruannya sehingga ke hari ini - ia
adalah pemaksaan penguasaan politik, ekonomi, budaya dan sosial daripada
Amerika Syarikat terhadap dunia, khususnya dunia timur dan dunia ketiga, bahkan
secara lebih khusus, dunia Islam."
Bolehlah
disimpulkan di sini bahwa globalisasi merupakan salah satu daripada penjajahan
baru yang lebih merbahaya dan licik daripada Amerika Syarikat untuk menguasasi
dunia dalam segala aspek, sama ada ekonomi, sosial, budaya dan politik. Justeru,
tidak hairanlah ada gerakan dari barat sendiri, secara khususnya di
negara-negara Eropah yang menentang globalisasi. Beberapa sesi tunjuk perasaan
telah mereka buat di bandar-bandar besar dunia untuk mengkritik globalisasi dan
mengajak penduduk dunia menentangnya.
3 Pengertian globalisasi mengikut Ilmuan Barat
Cendiakawan
barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas
dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan
ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna
segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan
negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh
yang singkat.
Globalisasi
juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya
bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yg lain. Globalisasi yang
diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan.
Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi
diperkenalkan lagi.
Globalisasi
dalam erti literal adalah sebuah perubahan sosial, berupa bertambahnya
keterkaitan di antara masyarakat dan elemen-elemennya yang terjadi akibat
transkulturasi dan perkembangan teknologi dalam bidang transportasi dan
komunikasi yang memfasilitasi pertukaran budaya dan ekonomi internasional.
Istilah globalisasi dapat diterapkan dalam berbagai konteks sosial, budaya,
ekonomi dan sebagainya. Misalnya, globalisasi dapat diertikan sebagai:
- pembentukan desa global (global village) - yang bererti konteks yang lebih erat antara berbagai pelosok dunia, meningkatnya interaksi personal, saling kerja sama dan persahabatan antara penduduk dunia.
- globalisasi ekonomi - meningkatnya perdagangan bebas dan meningkatnya hubungan antara pelaku ekonomi di berbagai negara.
Dalam
banyak hal, globalisasi mempunyai banyak karakteristik yang sama dengan
internasionalisasi, dan istilah ini sering dipertukarkan. Sebahagian pihak
sering menggunakan istilah globalisasi yang dikaitkan dengan berkurangnya
peranan negara atau batas-batas negara. Orang-orang Perancis menggunakan
perkataan "Mondialisation" dalam menerangkan globalisasi. Manakala
orang-orang Amerika dan Inggeris pula menggunakan perkataan Inggeris
"Globalization" yang mula-mula muncul di Amerika Syarikat. Ia membawa
maksud mengumumkan sesuatu dan meluaskan kawasannya agar merangkumi semua.
D. Sejarah Globalisasi
Telah
menjadi tabiat manusia, mereka berkeinginan untuk menguasai pihak yang lain.
Keinginan untuk berkuasa ini bukan sahaja berbentuk peribadi, bahkan ia juga
berbentuk kelompok. Dengan kata lain, keinginan tersebut dimiliki oleh sesuatu
bangsa atau umat untuk menguasai bangsa dan umat yang lain. Memandangkan
manusia telah dianugerahkan oleh Allah kemampuan untuk berfikir, maka
pertelingkahan dan peperangan yang berlaku untuk memuaskan keinginan tersebut
berlaku dalam berbagai bentuk.
Dalam
menerangkan perkara ini, seorang pengkaji berkata:
"Peperangan
dan bentuk-bentuknya semakin maju dengan majunya akal manusia. Persenjataan
juga semakin maju bermula dengan penggunaan besi dan api hingga berakhir dengan
senjata nuklear di penghujung perang dunia yang disaksikan oleh umat manusia
pada tahun 1945 yang menandakan munculnya kuasa baru dunia iaitu Amerika
Syarikat"
Memandangkan
peperangan sedemikian rupa memerlukan kepada modal yang tinggi dan meninggalkan
kesan yang sangat negatif dari apsek harta dan moral, maka manusia berfikir
cara baru dalam mencari kekuasaan. Berkaitan perkara ini, berkata Dr. Mustafa
Abdul Ghani:
"Sebelum
sempat Kuasa Perikatan bersedia untuk keluar daripada Perang Dunia Kedua dengan
kemenangan, Amerika Syarikat telah cuba memperkukuhkan peranan imperialisnya
yang baru. Kita tahu bahawa Persidangan Bretton Woods yang berlangsung pada
1/7/1944 hingga 22/7/1944 adalah dianjurkan oleh Amerika. Dalam persidangan
tersebut bermulalah kisah pertubuhan-pertubuhan antarabangsa yang digunakan
oleh Amerika Syarikat untuk memperkuat cengkamannya terhadap negara-negara yang
lain. Dalam persidangan itu juga, dua perjanjian telah berjaya dibentuk iaitu
tabung wang dan bank dunia. Selepas itu, Perjanjian Am Mengenai Taarif Dan
Perdagangan telah dibuat. Secara zahir pada awalnya, ia hanyalah sebagai badan
sementara berkaitan perdagangan."
Justru, di
sinilah bermulanya sejarah globalisasi yang ada pada hari ini.
Pertubuhan-pertubuhan dunia yang ditubuhkan tersebut akhirnya digunakan oleh
kuasa-kuasa besar, secara khususnya Amerika Syarikat, untuk menguasai dunia
keseluruhannya. Pengusaan Amerika ini semakin kukuh apabila GATT bertukar
kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Ia tidak lain tidak bukan hanyalah
dibuat untuk menjaga kepentingan negara perindustrian maju, khasnya Amerika
Syarikat.
Begitu jugalah,
globalisasi sebenarnya adalah sistem kapitalisme lama yang berwajah baru.
Sejarah membuktikan, pada kurun ke 19, negara-negara kapitalis menunjukkan
belangnya dengan menjajah negara-negara lain dan mengaut sebanyak mungkin hasil
buminya, tanpa mengambil kira dimensi sosial ketika mereka menjajah. Dengan
kata lain, mereka menzalimi rakyat negara yang mereka jajahi. Sebagai tindak
balas daripada gejala ini, sistem sosialisme – yang lebih mengambil kira
dimensi sosial - diterima oleh golongan yang dizalimi ini.
Kesannya,
berlakulah sistem dua kuasa dunia atau dua kutub. Kutub pertama diwakili oleh
Amerika Syarikat yang merupakan negara kapitalisme dan kedua diwakili oleh
Kesatuan Soviet yang merupakan negara sosialisme. Justeru, berlakulah perang
dingin di antara kedua-dua kutub tersebut sekitar kurun ke 20. Pada ketika itu,
kapitalisme tidak mampu menunjukkan belangnya dan berselindung di belakang
tabir dimensi sosial.
Namun,
apabila Kesatuan Soviet runtuh sekitar tahun 90an, mereka tidak segan silu untuk
menunjukkan wajah lamanya yang sebenar. Apa yang berlaku di Afghanistan dan
Iraq membuktikan perkara ini. Inilah yang disebut sebagai globalisasi.
E. Sumbangsih Globalisasi Bagi
Kehidupan Manusia
1. Dampak Positif Globalisasi
Banyak
pihak di dunia telah menilai baik buruknya globalisasi, terutamanya globalisasi
ekonomi. Chandra Muzaffar telah menyenaraikan lapan kebaikan dan 13 keburukan
globalisasi. Menurut Chandra, globalisasi mendatangkan lebih banyak keburukan
kepada umat manusia seluruh dunia daripada kebaikan. Diantara aspek positif
globalisasi ialah :
- peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara.
- peningkatan mobiliti sosial pengukuhan kelas menengah.
- Komunikasi yang jauh lebih mudah dan juga murah.
- peluang yang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa berbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia.
- penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia.
- peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan melalui teknologi baru komunikasi dan maklumat
- penonjolan hak-hak asasi wanita.
- peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbegai-bagai kumpulan etnik, budaya agama berinteraksi.
2. Dampak Negatif Globalisasi
Dari
segi keburukan globalisasi ada beberapa dampak negatifnya sebagaimana yang
diterangkan oleh Chandra ialah :
- kualitas alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan.
- Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi.
- Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara terutamanya negara-negara Selatan.
- Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan.
- Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatan yang semakin melebar di negara-negara Utara sendiri.
- Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global.
- Penyebaran budaya pop Amerika yang ‘menyegarkan pancaindera dan mematikan roh’.
- Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan.
- Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.
- Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung.
F. Peran Globalisasi Bagi Manusia
1. Sosio-Budaya
Globalisasi
budaya berperanan membentuk cara berfikir, tatakelakuan, dan gaya hidup yang
sejajar dengan cara hidup Barat. Pola hidup liberal dan bebas dianggap pola
yang paling bertamadun. Pola hidup ini hendak dipaksakan kepada negara-negara
dan bangsa dunia ketiga. Melalui sidang dan rumusan koferentasi antarabangsa
mereka mahu menghalalkan atau memudahkan perzinaan berlaku dalam masyarakat,
merubah pengertian dan struktur keluarga sehingga merangkumi bentuk dan
struktur yang diharamkan oleh syara’.
2. Percaturan Politik
Globalisasi
politik adalah bentuk globalisasi yang bertujuan memaksa pelaksanaan sistem
politik barat kepada negara-negara lain. Walaupun dalam atas yang bersesuaian
dengan tuntutan agama serta kehendak rakyat-memang diperlukan dan menjadi asas
perjuangan namun itu tidak bermakna kita akur kepada keseluruhan sistem liberal
dan politik yang dijalankan di barat.
G.
Teori Globalisasi
Cochrane dan Pain menegaskan bahwa dalam kaitannya dengan
globalisasi, terdapat tiga posisi teoritis yang dapat dilihat, yaitu:
1. Para globalis
percaya bahwa globalisasi adalah sebuah kenyataan yang memiliki konsekuensi
nyata terhadap bagaimana orang dan lembaga di seluruh dunia berjalan. Mereka
percaya bahwa negara-negara dan kebudayaan lokal akan hilang diterpa kebudayaan dan ekonomi global
yang homogen. meskipun demikian, para globalis tidak memiliki pendapat sama
mengenai konsekuensi terhadap proses tersebut.
a) Para globalis positif dan optimistis
menanggapi dengan baik perkembangan semacam itu dan menyatakan bahwa
globalisasi akan menghasilkan masyarakat dunia yang toleran dan bertanggung
jawab.
b) Para
globalis pesimis berpendapat bahwa globalisasi adalah sebuah fenomena negatif
karena hal tersebut sebenarnya adalah bentuk penjajahan barat (terutama Amerika Serikat) yang memaksa sejumlah bentuk budaya dan konsumsi yang
homogen dan terlihat sebagai sesuatu yang benar dipermukaan. Beberapa dari
mereka kemudian membentuk kelompok untuk menentang globalisasi (antiglobalisasi).
2. Para tradisionalis
tidak percaya bahwa globalisasi tengah terjadi. Mereka berpendapat bahwa
fenomena ini adalah sebuah mitos semata atau, jika memang ada, terlalu
dibesar-besarkan. Mereka merujuk bahwa kapitalisme telah menjadi sebuah fenomena internasional selama ratusan tahun. Apa yang tengah kita alami saat ini
hanyalah merupakan tahap lanjutan.
3. Para
transformasionalis berada di antara para globalis dan tradisionalis. Mereka
setuju bahwa pengaruh globalisasi telah sangat dilebih-lebihkan oleh para
globalis. Namun, mereka juga berpendapat bahwa sangat bodoh jika kita
menyangkal keberadaan konsep ini. Posisi teoritis ini berpendapat bahwa
globalisasi seharusnya dipahami sebagai "seperangkat hubungan yang
saling berkaitan dengan murni melalui sebuah kekuatan, yang sebagian besar
tidak terjadi secara langsung". Mereka menyatakan bahwa proses ini
bisa dibalik, terutama ketika hal tersebut negatif atau, setidaknya, dapat
dikendalikan.
H. Ciri – Ciri Globalisasi
Berikut ini beberapa ciri yang menandakan semakin
berkembangnya fenomena globalisasi di dunia.
1. Perubahan
dalam Konstantin ruang dan waktu. Perkembangan barang-barang seperti telepon
genggam, televisi satelit, dan internet menunjukkan bahwa komunikasi global terjadi demikian
cepatnya, sementara melalui pergerakan massa semacam turisme memungkinkan kita
merasakan banyak hal dari budaya yang berbeda.
2. Pasar dan produksi ekonomi di negara-negara yang berbeda menjadi saling bergantung
sebagai akibat dari pertumbuhan perdagangan internasional, peningkatan pengaruh
perusahaan multinasional, dan dominasi organisasi semacam World Trade
Organization
(WTO).
3.
Peningkatan interaksi kultural melalui perkembangan media massa (terutama televisi, film, musik,
dan transmisi berita dan olah raga internasional). saat ini, kita dapat
mengonsumsi dan mengalami gagasan dan pengalaman baru mengenai hal-hal yang
melintasi beraneka ragam budaya, misalnya dalam bidang fashion,
literatur, dan makanan.
4.
Meningkatnya masalah bersama, misalnya pada bidang lingkungan hidup, krisis
multinasional, inflasi regional dan lain-lain.
I. Pengaruh
Globalisasi Bagi Kehidupan
Pengaruh dari Globalisasi sudah mencakup berbagai aspek
dalam kehidupan, baik dalam aspek ekonomi, informasi dan teknologi, budaya,
ilmu pengetahuan maupun hokum.
1. Globalisasi Ekonomi
Tidak ada definisi yang baku atau standar mengenai
globalisasi ekonomi, tetapi secara sederhana globalisasi ekonomi dapat
diartikan sebagai suatu proses dimana semakin banyak negara yang terlibatdalam
kegiatan ekonomi dunia.
Era globalisasi membuka peluang sekaligus tantangan bagi
pengusaha Indonesia termasuk usaha kecil, karena pada era ini daya saing produk
sangat tinggi, live cycle product relatif pendek mengikuti trend pasar, dan
kemampuan inovasi produk relatif cepat. Ditinjau dari sisi ekspor, liberalisasi
berdampak positif terhadap produk tekstil/pakaian jadi , akan tetapi kurang
menguntungkan sektor pertanian khususnya produk makanan.
2. Globalisasi Informasi dan Teknologi
Globalisasi Informasi dan Teknologi sangat berpengaruh
dengan kelangsungan komunikasi antar manusia di seluruh dunia, karena dimanapun
manusia itu tinggal, tetap dapat berkomunikasi satu sama lain meskipun terpisah
jarak yang sangat jauh sekalipun.
3. Globalisasi Budaya
Globalisasi budaya identik dengan budaya pop yang bersifat
fleksibel dan berubah-ubah. Budaya pop awalnya merupakan hegemoni budaya Barat (terutama
Amerika), ditandai dengan merebaknya gaya hidup Amerika melalui industri
budayanya seperti musik, olahraga, mode pakaian, dan film-film Amerika
yang akhirnya menyebar ke seluruh dunia.
Dengan adanya globalisasi budaya ini, seluruh budaya didunia
dapat dengan bebas dilakukan oleh orang orang di Negara berbeda, sehingga
sering kali terjadi hilangnya suatu budaya tertentu ataupun pergabungan antara
budaya yang akhirnya melahirkan budaya baru.
4. Globalisasi Ilmu Pengetahuan
Globalisasi Ilmu pengtahuan telah memberikan manfaat yang
sangat besar bagi kehidupan umat manusia. Berlangsung nya globalisasi
ilmu pengetahuan memberikan ruang luas kepada manusia untuk semakin giat
belajar dan menambah pengetahuaannya. Karena setiap ilmu pengetahuan baru yang
ditemukan oleh Negara tertentu akan cepat menyebar dan turut diterapkan pula di
Negara lain.
Comments